Tiada rancangan haramkan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak

Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengharamkan kanak – kanak daripada menggunakan media sosial seperti di Australia.

Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, larangan penggunaan media sosial di dalam panduan komuniti setiap platform media sosial.

“Kita semua tahu sekarang semua platform media sosial melarang kanak-kanak di bawah umur 13 untuk membuka akaun sendiri.

“WhatsApp umpamanya mempunyai umur minima 16 tahun. Mereka yang berumur di bawah angka tersebut tidak boleh menggunakannya.

“Kita perlu mengetahui langkah yang diambil oleh setiap platform ini untuk memastikan kanal-kanak bawah umur tidak menggunakan platform tersebut,” kata beliau di satu majlis di Pantai Dalam hari ini.

Fahmi menambah bahawa kerajaan akan mempertimbangkan untuk masuk campur sekiranya platform media sosial gagal berbuat demikian.

Australia telah meluluskan akta yang mengharamkan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun daripada menggunakan media sosial.

Ada peruntukan yang membolehkan platform media sosial disaman sebanyak RM145 juta di dalam akta tersebut.

Â