‘Orang suruh ngaji agama banyak bukan makan kencing banyak’

Satu klip video memuatkan komentar dengan loghat Kelantan mengecam pihak yang mempersoal mengapa bencana banjir begitu teruk di negeri dikuasai pembangkang itu.

Wanita berkenaan berkata, orang di luar Kelantan tidak mampu menempuh ujian banjir memandangkan sudah berdosa pun melalui lisan melihat musibah yang berlaku di negeri itu.

“Set mu tak boleh mengharungi banjir dengan senyum macam orang Kelantan.

“Set mu ingat ye sebab set mu tak mampu,” katanya disusuli ribuan komentar rata-rata daripada anak Kelantan yang menyokong pendapat tersebut.

Seterusnya, wanita itu menegaskan bahawa musibah banjir yang berlaku tidak boleh dielak.

“Kita hanya boleh doa dan harungi, semoga baik-baik saja,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia mengingatkan adalah lebih baik duduk diam daripada berkata-kata.

“Sebab itu, orang suruh ngaji agama banyak bukan makan kencing banyak,” tempelaknya lagi.

Sehingga jam 10 malam tadi, Kelantan kekal paling teruk terjejas akibat musibah banjir berbanding lapan negeri lain.

Seramai 85,986 banjir daripada 26,851 keluarga kini sedang berlindung di 251 pusat pemindahan sementara (PPS), menurut maklumat portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Korban banjir di Kelantan pula meningkat kepada lima orang setakat ini dengan terkini dua lelaki warga emas di Machang yang mahu menjaga lembu dan kambing ternakan.

Kedua-duanya masing-masing berusia 72 dan 78 tahun dari Kampung Kuala Sat dan Kampung Gelung Gajah yang enggan berpindah ke PPS.

@along754

semoga allah lindungi mangsa banjir 🤲🏼 #fypage #kelantan #banjir @Fyp

♬ Ya Allah – Wali

BACA JUGA Baca tanpa ada gagap langsung, ramai puji aktres ini lancar hafal Al-Mulk