Mat Sabu akur titah Sultan Selangor, tidak mahu panjangkan isu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dikekalkan.
Beliau menghormati titah Sultan Sharafuddin dan tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.
“Saya mengambil maklum bahawa keputusan dibuat baginda Sultan Selangor dan Canselor UPM adalah muktamad.
“Saya tidak mahu panjangkan isu ini apa-apa lagi. Saya akur dan itu adalah keputusan yang baik,” katanya selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan semalam.
Terdahulu Sultan Sharafuddin menitahkan supaya nama Universiti Putra Malaysia dikekalkan kerana baginda telah pun melancarkan jenama Putra yang membawa maksud ‘Pertanian Untuk Rakyat’.
Untuk rekod, nama universiti itu ditukar daripada Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 bagi menggambarkan status UPM sebagai institusi pendidikan tinggi yang bukan sahaja menawarkan program pengajian dalam bidang pertanian sebaliknya pelbagai bidang lain terutamanya sains dan teknologi maklumat.
BACA JUGA Ada perkara yang buat PM Anwar bangga pada banjir kali ini