Terbongkar sudah siapa di belakang wanita yang ‘bising’ isu Kampung Sungai Baru
Seorang wanita yang sebelum ini tular lantaran ‘bising’ mengenai isu Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur akhirnya terbongkar siapa dalang di belakangnya.
Dia yang pernah berlakon dan bernyanyi itu didapati mengambil bahagian dalam ceramah di pentas Pas baru-baru ini.
Beberapa bulan lalu, Rafidah Ibrahim, 38, menerusi video yang tular meminta penduduk Kampung Sungai Baru supaya jangan pindah dan serah tanah.
Juara program Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 itu dilihat menyuarakan bantahan dengan menggunakan pembesar suara.
Rafidah menarik perhatian orang ramai apabila memekik di atas sebuah kenderaan sambal membawa anak kecilnya mengelilingi kawasan Kampung Sungai Baru.
Dipanggil Fida, dia dan keluarganya antara sekumpulan penduduk yang tidak bersetuju dengan pampasan yang ditawarkan dalam pewartaan pengambilan tanah di penempatan itu pada Jun 2023.
BACA JUGA Bukan YB Pas beri, pempengaruh ini salur bantuan untuk 7,000 mangsa banjir