Heboh dapat biskut dan mi segera saja, penghulu Pas catu bantuan mangsa banjir sumbangan Khairul Aming
Heboh diperkatakan mengenai seorang penghulu Pas di Tumpat, Kelantan yang mengarahkan bungkusan bantuan mangsa banjir sumbangan usahawan tersohor Khairul Aming (KA) dibuka kembali dan diasing-asingkan.
Akibatnya, mangsa banjir memberitahu mereka hanya mendapat biskut tawar dan mi segera sahaja.
Kejadian yang didakwa berlaku di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Tumpat 1 tular selepas rakaman video semasa pengasingan itu berlaku tersebar di media sosial.
“Pengalaman saya sebelum ini dekat PPS banjir, jikalau ada barang yang sampai, lepas itu perlu diagihkan kad PPS harus ditanda bahawa barang tersebut dah dapat.
“Tetapi di sini kad ditanda tetapi barang tak dapat.
“Saya dah bertanya kepada Ton Ngulu Lie tapi dia beritahu bantuan dari Khairul Aming ni bawahan dia.
“Jadi, sesuka hati dia nak buat macam mana,” kata seorang mangsa banjir menerusi klip video yang tular itu.
Rata-rata melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan penghulu berkenaan memandangkan ‘team’ KA difahamkan telah menghabiskan masa berjam-jam untuk membungkus barangan bantuan mangsa banjir.
Ada pihak yang menyokong tindakan penghulu itu pula memberitahu bahawa barangan dalam bungkusan bantuan itu tidak sama banyak.
Walau bagaimanapun, netizen berpendapat penghulu tetap tidak wajar membuka kembali bungkusan bantuan itu memandangkan KA sudah pun memberikan arahan jelas.
“Semalam tengok live dia (KA). Dia tak bagi orang yang dapat bantuan ni buka di situ. Dah dapat (bungkusan bantuan) buka di khemah. Ni kenapa tok penghulu ni buka balik? Team KA dah bungkus elok-elok,” kata netizen.
BACA JUGA Tular video bantuan JKM ditukar ke plastik berlogo Pas, benarkah?
Â