Ini sebab MP Bangi akan menyokong RUU Komunikasi dan Multimedia 1988

Syahredzan Johan (PH Bangi) menyatakan sokongan beliau terhadap RUU Komunikasi dan Multimedia yang dibentangkan semalam untuk bacaan kali pertama.

Beliau menyokong RUU tersebut kerana pindaan ini tidak lagi menjenayahkan satira.

“…Kandungan berbentuk satira atau parodi atau dalam keadaan yang jelas bahawa ia ialah fiksyen, adalah tidak palsu”.

“Maknanya, sekiranya RUU ini diluluskan, hantaran berbentuk satira dan parodi, seperti yang dihantar oleh Fahmi Reza 8 tahun lepas, tidak akan terangkum dalam elemen ‘palsu’ yang menjadi elemen kesalahan dalam Seksyen 233,” kata Syahredzan dalam satu hantaran Facebook.

Dalam kes Fahmi Reza yang diwakili oleh Syahredzan sebagai peguam bela, hujah pembelaan utama yang dikemukakan ialah hantaran Fahmi ialah suatu bentuk parodi an bukan palsu maka ia tidak boleh menjadi kesalahan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Fahmi Reza telah disabitkan dan dikenakan hukuman penjara 1 bulan dan denda RM30,000, jika gagal 6 bulan penjara di Mahkamah Sesyen.

Rayuan dibuat ke Mahkamah Tinggi, dan akhirnya hukuman tersebut ditukar dengan mengenepikan hukuman penjara dan mengurangkan denda kepada RM10,000.

Mahkamah Rayuan telah mengekalkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

BACA JUGA: Bersatu – parti derita tanpa dana

Â