Tak berlaku pun semasa kerajaan 33 bulan, ini sebabnya ‘MP Askar’ puji PMX

Pelarasan pencen kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen sebelum Januari 2013 tidak berlaku pun semasa pentadbiran 33 bulan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Sebaliknya, kenaikan pelarasan pencen sebanyak 15 peratus selepas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksanakan itu berlaku dalam kerajaan MADANI yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelarasan pencen fasa satu dan dua masing-masing sebanyak 8 peratus dan 7 peratus itu menuai pujian Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor yang juga digelar ‘MP Askar’.

Bekas Ketua Perisikan Tentera Darat dan anak kelahiran Kampung Kubang Kiat, Ketereh berkenaan memuji PMX dalam persidangan Dewan Rakyat.

“Kesediaan kerajaan menyelaraskan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 amat dialu-alukan dan telah memberi berita gembira kepada mereka yang terlibat.

“Mereka memuji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bersedia melaksanakan penyelarasan pencen yang telah dinafikan sejak 2013,” kata Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir itu.

Beliau sebelum ini dikenali sebagai wakil rakyat yang ‘garang’ membangkitkan isu pelarasan pencen ATM berdasarkan Akta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1972.

Menurutnya, sudah lebih 10 tahun pesara ATM menunggu pelarasan pencen dilaksanakan kerana itu adalah hak mereka dan wajib dilaksanakan kerajaan.

@stratcommpmx

“Kesediaan kerajaan untuk menyelaraskan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 amat dialu-alukan. Langkah ini membawa khabar gembira kepada para penerima yang telah lama menanti keadilan dalam sistem pencen. Mereka menyampaikan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri yang terlibat atas komitmen untuk melaksanakan penyelarasan ini, setelah hak mereka dinafikan sejak 2013.” – MP Ketereh @ MP Askar

♬ original sound – StratCommX 🇲🇾 – StratCommX 🇲🇾

BACA JUGA Wan Fayhsal minta hubungi mereka sebagai wakil rakyat sebelum hantar bantuan banjir