Boleh servis pendingin hawa sambil hantar makanan, ini tawaran MARA

Pekerja ekonomi gig seperti penghantar makanan selepas ini boleh melakukan servis pendingin hawa lantaran memiliki kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui GiatMARA akan memulakan program TVET kepada pekerja ekonomi gig dalam usaha menambah nilai kemahiran mereka.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemahiran itu perlu diterapkan memandangkan pekerjaan dalam ekonomi gig dilihat bersifat sambilan, namun penting untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.

“Contohnya, penghantar makanan dilatih kemahiran selenggara pendingin hawa. Sambil hantar makanan, boleh tawar khidmat servis pendingin hawa.

“Sampai bila pekerja GIG seperti penghantar barangan dan makanan akan terus bekerja dalam industri GIG yang lebih berupa sambilan.

“Jika melangkau 40-an dan sudah berkeluarga, tenaga sudah kurang.

“Kalau tidak ada kemahiran lain atau sijil pendidikan sukar mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya menerusi perkongsian di di laman sosial beliau.

Menurutny, MARA dan GiatMARA telahah merumuskan satu program latihan TVET buat kumpulan pekerja GIG yang boleh disertai melalui program latihan dalam pelbagai kemahiran secara separuh masa.

“Selain memperolehi kemahiran, mereka juga dapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf.

“Hari ini melalui Dasar TVET Negara, dengan sijil SKM tahap tiga dan empat, mereka boleh menyambung pengajian ke peringkat diploma hingga ke peringkat ijazah,” tambahnya lagi.

BACA JUGA Wajah macam artis Korea, jinjing Birkins pun ada juga penyamun

Â