Diserang hanya kerana tindakan terhadap lembu yang berkeliaran tanpa kawalan
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Gedangsa, Kuala Kubu Baru, Mohd Syafiq Musa telah membuat laporan polis terhadap pemilik lembu berkeliaran yang dikenalpasti sebagai Jamali Nordin.
“Jamali Nordin dan pekerjanya telah menyerang saya dengan menggunakan kayu dan memukul betis kiri dua kali dan di pinggang sebelah kiri sekali kerana Tindakan pihan JKKR dan JPKK Gedangsa bertindak terhadap lembu berkeliaran di kawasan kampung.
Jamali Nordin telah mengaku lembu yang berkeliaran adalah miliknya.
“Beliau juga mengatakan bahawa jika tindakan tangkapan dan lupus lembu itu dibuat, dia mengugut untuk mengancam keselamatan saya dan ahli keluarga,” kata Syafiq dalam laporan polisnya yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Hulu Selangor.
Dalam pada itu Syafiq memberitahu bahawa masalah utama yang dihadapi ekoran haiwan yang berkeliaran di kawasan Felda itu ialah kemusnahan tanaman oleh lembu-lembu yang tidak dikawal oleh pemilik.
Selain itu, lembu-lembu yang berkeliaran turut menyebabkan kemalangan jalan raya.
Syafiq berpendapat bahwa terdapat keperluan menguatkuasakan undang-undang
Undang-undang seperti Akta Haiwan 1953 (Pindaan 2013) memperuntukkan peraturan untuk mengawal penternakan haiwan ternakan. Pemilik lembu yang gagal menjaga haiwan mereka boleh dikenakan denda atau tindakan lebih tegas.
Syafiq turut menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menggubal peraturan tambahan atau melaksanakan kawalan ketat bagi memastikan haiwan ternakan tidak menceroboh kawasan kampung.
Beliau juga mencadangkan dua Langkah penyelesaian pantas dengan membuat kawasan kandang ternakan khas bagi lembu dan memagar kawasan ternakan
Penduduk pula disaran membuat aduan rasmi melalui saluran tertentu seperti e-Aduan agar tidakan pantas boleh diambil oleh pihak berkuasa.
Syafiq juga mahu Jabatan Perkhidmatan Veterinar memainkan peranan pro-aktif dalam menangani masalah ini
Beliau mahukan penguatkuasaaan undang-undang berkaitan haiwan, pemantauan kesihatan haiwan dan pendidikan kepada penternak berkenaan pengurusan ternakan betul