Guan Eng, Kit Siang, Teresa Kok menang kes fitnah terhadap MP Ustazah Pas

Pengerusi DAP kebangsaan Lim Guan Eng, veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang dan naib pengerusi DAP Teresa Kok telah memenangi kes saman fitnah yang difailkan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad dari Pas.

Hakim Mahkamah Tinggi Georgetown Quay Chew Soon memutuskan dakwaan Siti Mastura yang mengaitkan tiga pemimpin DAP tersebut kepada setiausaha agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng semasa kempen pilihan raya kecil Kemaman adalah fitnah.

Quay turut mendapati Siti Mastura berbuat demikian dengan niat jahat dan hujah pembelaan berdasarkan komen adil tidak dapat diterima.

Hakim memerintahkan Siti Mastura membayar RM750,000 kepada mereka bertiga iaitu RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng dan RM200,000 kepada Kok.

Siti Mastura turut diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM75,000 kepada plaintif.

Kadar bunga sebanyak 5 peratus dikenakan sekiranya Siti Mastura melunaskan pembayaran saman fitnah tersebut.

Mastura turut mengaitkan Perdana Menteri Singapura pertama Lee Kuan Yew kepada Lim.

Dakwaan yang dibuat Siti Mastura itu seterusnya ditularkan di media sosial.

Quay memberikan keputusan ini menerusi sesi Zoom.

Pimpinan DAP tersebut diwakili peguam N Sankara Nair.

Â