Shahidan Kassim minta RM1 juta untuk pembangkang, sekali ini respon TPM
Gesaan pembangkang supaya kerajaan menyalurkan peruntukan untuk kawasan Parlimen terjejas banjir, hanya akan diputuskan selepas bencana itu berakhir.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan ketika ini akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada proses pemulihan dan baik pulih kemudahan awam yang terjejas akibat banjir sebelum melayani permintaan pembangkang.
“Kita ada proses untuk melihat. Pertama sekali kita nak tumpukan kepada pemulihan, kerosakan kemudahan awam dan bangunan yang melibatkan keperluan awam.
“Tunggu selesai banjir baru diputuskan (peruntukan berkenaan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Putrajaya Urban Observatory (PUO) bersempena Digital Putrajaya Exhibition & Conference (DiPEC2024) di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa kerajaan mempertimbang peruntukan segera RM1 juta kepada Ahli Parlimen pembangkang yang kawasannya terjejas banjir.
Shahidan berkata, peruntukan RM1 juta adalah untuk membeli makanan dan juga peralatan seperti tilam serta sebagainya.
BACA JUGA 17 juta MyKad rakyat Malaysia didakwa bocor, sedang dijual di ‘dark web’
Â