‘Jika tanah Kampung Sungai Baru berstatus MAS pun, pemilik masih rugi’
Penduduk Kampung Sungai Baru yang menentang pengambilalihan tanah oleh pihak berkuasa pastinya akan kerugian meskipun kawasan tanah tersebut dikategorikan sebagai Penempatan Pertanian Melayu (MAS), kata pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.
“Sekiranya tanah Kampung Sungai Baru berstatus MAS sekalipun, ia masih boleh dijual atau diambil alih dengan syarat pembelinya ialah Melayu. Kesannya ialah harga tanah akan jatuh dan pemilik tanah akan kerugian,” kata beliau kepada Harapan Daily.
“Sebab itu hujah kita dari awal, tanah Kampung Sungai Baru ini dikategorikan sebagai “Commercial International”, setaraf dengan tanah komersial di Jalan Yap Kwan Seng seberang sungai itu dan sepatutnya mendapat nilaian yang tinggi mengikut pasaran semasa.”
Beliau menambah Akta Pengambilan Tanah 1960 boleh digunakan untuk mengambil alih semua jenis tanah tanpa mengira status tanah.
Khalid berkata demikian sebagai respon kepada laporan media pro pembangkang Malaysia Now bahawa segelintir penduduk telah memperoleh dokumen yang membuktikan bahawa tanah Kampung Sungai Baru ialah tanah berstatus MAS.
Menteri Wilayah Dr Zaliha Mustafa sebelum ini menyatakan di Dewan Rakyat bahawa Kampung Sungai Baru tidak mempunyai status MAS.
BACA JUGA: Isu Kg Sungei Bharu: Surat Terbuka Khalid kepada Perdana Menteri
Â