Lebih RM1juta disediakan FELDA dengan gabungan 9 anak syarikat dan 3 badan bukan kerajaan (NGO) dalam misi bantuan banjir
FOTO BERITA: Majlis Peluncuran Misi Bantuan Banjir Kumpulan Felda oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Pengerusi Felda di lobi Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur
Peluncuran ini turut menampilkan penyampaian sumbangan mock cheque oleh setiap anak syarikat dan pelepasan kenderaan pacuan 4 roda skuad misi bantuan banjir Kumpulan FELDA.
Bantuan yang merangkumi barangan pemberian, dapur masak, pakaian, makanan, kit siap siaga, dan keperluan asas lain akan disalurkan kepada mangsa banjir.
Sehingga 3 Disember 2024, empat negeri yang memiliki rancangan FELDA telah terjejas dengan bencana ini, melibatkan Terengganu (6 rancangan), Wilayah Alor Setar (1 rancangan), Wilayah Raja Alias (8 rancangan), dan Wilayah Trolak (3 rancangan)
Situasi ini menjadikan misi bantuan FELDA lebih penting dalam memastikan bantuan sampai ke kawasan yang memerlukan. Misi kali ini bukan sahaja menumpukan kepada bantuan segera, tetapi juga persediaan menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Jumlah mangsa tertinggi, iaitu di Rancangan Jelai 4 dengan 117 rumah keluarga yang terjejas, diikuti oleh Seberang Tayor, Terengganu (107 rumah). Sebanyak 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan untuk membantu mereka yang dipindahkan.
Inisiatif ini membuktikan kekuatan perpaduan komuniti FELDA dan semua rakan strategiknya dalam menghadapi cabaran bencana alam. Kami menyeru lebih banyak pihak untuk tampil menghulurkan bantuan dan sokongan demi kesejahteraan komuniti yang terjejas.