Pelajar terjejas akibat banjir, BRICS antara isu dalam waktu pertanyaan menteri

Waktu pertanyaan menteri menyaksikan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) meminta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkenaan bilangan pelajar yang terjejas akibat banjir di seluruh negara dan jumlah sekolah yang digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara.

Young Syefura Othman (PH-DAP) pula menyoal Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkenaan pendirian Malaysia selaku rakan kongsi BRICS bilamana Presiden Amerika Syarikat akan datang, Donald Trump mengancam untuk mengenakan 100 peratus tarif jika negara anggota BRICS menggantikan penggunaan dolar AS.

Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) pula bertanya sama ada sukatan Sejarah Malaysia perlu digubal ekoran dapatan dan fakta baru sejarah.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pula membangkitkan isu keselamatan sempadan Malaysia – Thailand.

Dalam usul pula, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua

RUU lain yang turut tersenarai ialah RUU Majlis Perundingan Gaji Negara(Pindaan) 2024, RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2024, RUU Komunikasi dan Multimedia dan RUU SKMM.

BACA JUGA Dulu dibuang kerja, kini peserta IPR INSAN ini mampu raih RM8,000 sebulan

Â