Bacaan pertama RUU Majlis Media Malaysia minggu depan
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan, umum jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.
Ia berdasarkan persetujuan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pagi ini.
“Sekiranya ada masa ia akan dibahas dan dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini.
“Jika tidak, ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan pasca Mesyuarat Kabinet, di kementeriannya.
Â