‘Banyak gembira jumpa YB’, Rafizi ceria kongsi bermacam ragam rakyat

Penduduk di Parlimen Pandan meluahkan rasa gembira dapat bersemuka secara langsung dengan wakil rakyat mereka mengadu masalah yang dihadapi.

Ragam rakyat menemui Rafizi Ramli itu dikongsi Menteri Ekonomi berkenaan di TikTok.

Beliau juga dilihat ceria melayan aduan demi aduan rakyat yang ditanganinya termasuk masalah longkang dan parkir.

“Banyak gembira jumpa YB,” kata antara rakyat sejurus berjabat tangan dengan Rafizi di meja aduan.

Turut dikongsi detik-detik Rafizi berseloroh dengan rakyat di hadapannya yang ‘bertekak’ semasa menunggu giliran untuk mengemukakan aduan.

Untuk rekod, Parlimen Pandan antara 16 kerusi diterajui Pakatan Harapan manakala enam kerusi dikuasai Perikatan Nasional (PN) iaitu Kapar, Kuala Langat, Tanjong Karang, Hulu Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

@rafiziramli

Kaunter Bergerak Pandan memang saya terima macam-macam aduan. Longkang berbahaya, tak cukup parking dan lain-lain tapi saya dan Pusat Khidmat Parlimen Pandan akan cuba selesaikan sebaik mungkin. Kepada warga Pandan, kita jumpa di Kaunter Bergerak seterusnya. Saya akan terus jadi pendengar setia. #Rafizi #Ramli #kerajaanperpaduan #KaunterBergerak #ParlimenPandan #AduanRakyat #KaunterBergerakPandan #madani

♬ original sound – Rafizi – Rafizi

BACA JUGA Ini senarai 26 kes pemimpin, penyokong PAS kalah saman FITNAH wajib anda tahu

Â