Baru saja bersihkan rumah, mangsa banjir di daerah ini kembali ke PPS
Baharu sahaja membersihkan kawasan rumah selepas terjejas banjir, 19 mangsa membabitkan empat keluarga dipindahkan Kembali ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Kesemua mangsa di Jeli, Kelantan itu dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah malam tadi.
Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Tumpat kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.
Seramai 13,879 orang daripada 4,345 keluarga berlindung di 32 PPS di Tumpat manakala Pasir Mas mencatatkan 9,468 mangsa membabitkan 3,202 keluarga.
Menerusi portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Golok di Tumpat di paras 3.33 meter (m) telah melebihi tahap bahaya 3m, namun dengan trend menurun setakat 7.15 pagi tadi.
Pada 2 Disember lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan jangkaan berlakunya luruan monsun dari 8 hingga 14 Disember nanti di Pantai Timur Semenanjung.
Keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.
BACA JUGA Macam manalah orang Pendang boleh pilih MP Awang Solahuddin?
Â