PM: Kenaikan premium insurans kesihatan belum dimuktamadkan
Kenaikan harga premium insurans kesihatan yang dijadualkan tahun depan belum dimuktamadkan.
Sebaliknya ia masih dirundingkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia mahu berunding semula dengan syarikat insurans sebelum mencapai kata putus.
“Buat masa sekarang, ia masih di dalam perundingan,” kata Anwar selepas menunaikan solat Jumaat di Putrajaya.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pengumuman Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam) yang mengumumkan syarikat insuran akan meneruskan rancangan kenaikan premium insuran awal minggu ini.
Syarikat – syarikat tersebut akan melaksanakan pelarasan harga berperingkat pada masa akan dating.
Isu ini menjadi panas ekoran laporan bahawa premium boleh mencecah 40 hingga 70 peratus.
Ini mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk ahli parlimen penyokong kerajaan yang mendesak agar Bank Negara campurtangan dan menyiasat perkara ini.
BACA JUGA: Usaha mengesan Jho Low dan menantu Muhyiddin, Adlan Berhan, apa jadi?
Â