1,249 kes demam denggi pada minggu terakhir November
Hanya 1,249 kes demam denggi tanpa kematian dilaporkan pada minggu terakhir November.
Angka ini menunjukkan penurunan berbanding 1426 kes dan satu kematian pada minggu sebelumnya.
“Jumlah kes demam denggi sehingga kini adalah sebanyak 116,949 kes dengan 109 kematian, berbanding 111,417 kes dan 84 kematian untuk tempoh yang sama tahun 2023,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan media.
Kawasan panas demam denggi kekal 34 dengan majoriti sebanyak 22 kawasan di Selangor.
Merujuk kepada situasi banjir yang melanda kebanyakan negeri, Radzi berkata semua pihak perlu bekerjasama melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan denggi melalui pendekatan Whole of Nation.
Â