Kes serangan doktor: Pasukan petugas khas bebas akan siasat

Kementerian Kesihatan akan membenarkan pasukan petugas khas bebas yang dipimpin mantan KSN Tan Sri Borhan Dollah untuk menyiasat kes serangan doktor oleh seorang pegawai kesihatan di Hospital Gerik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya juga menantikan hasil siasatan polis sebelum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes ini.

“Kes sebegini sangat jarang dan tidak menjejaskan imej Kementerian Kesihatan kata beliau dalam satu siding media selepas menziarahi mangsa banjir di pusat penempatan sementara.

Jabatan Kesihatan Perak turut membentuk jawatankuasa siasatan khas untuk menyiasat kes ini.

Dr Dzulkefly turut menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi terhadap kes ini memandangkan siasatan masih berterusan.

Â