FOTO BERITA | I-Kembali untuk pemulihan, pembangunan modal insan dari marginal ke aset negara – DS Murni

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Program Pemulihan Jiwa Berkonsepkan Alam Semulajadi”Back To Nature & Nature Skills, Training & Care Cente” oleh YB Datuk Seri Mohamad Sabu Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.
Turut hadir YB Dato’ Hj. Saiful Yazan Sulaiman, ADUN Johol dan Dato’ Sri Hjh. Siti Murni Dato’ Sri Sheikh Ahmad, Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali di PAYO Campsite, Kg. Paya, Renggoh, Johol, Negeri Sembilan. 7hb Disember 2024 | (Sabtu)

Program I-Kembali telah beroperasi sejak 2019 dan apabila negara berdepan pandemik Covid-19, tidak mematahkan semangat pasukan untuk terus perjuangkan dan membela nasib golongan sasar melalui program advokasi industri.

Program I-Kembali dengan kerjasama dan tunjuk ajar daripada Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, HRDCorp, AADK, Agensi Pemulihan Dadah Swasta, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU (PLPP) dan rawatan intelek bagi Orang Kurang Siuman.

Golongan sasar adalah bekas banduan (OBB), pembebasan banduan secara lesen (PBSL), orang diparol (ODP), orang diselia (ODS), banduan dan orang kurang siuman


Cabarannya bukan mudah untuk membawa mereka kenbali semula kepada masyarakat dan bagaimana nak mendidik minda (mindset) mereka, bagaimana nak selesaikan kelangsungan hidup mereka, dan bagaimana untuk saya mengubah mereka mengikuti program saya selama 12 bulan.






