Terbaring menahan sakit, ramai terkejut apa dialami dermawan ini

Dermawan dan pempengaruh tersohor, Khairul Aming difahamkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik selepas disyaki rebah akibat kepenatan.

Dalam satu rakaman video, usahawan dengan jenama Sambal Nyet itu dilihat terbaring di atas katil sebuah klinik ditemani beberapa rakan.

Menerusi klip berdurasi 12 saat di TikTok itu, reaksi Khairul Aming nampaknya sedang menahan kesakitan ketika air drip sedang dimasukkan ke dalam tubuhnya.

Beliau dikatakan mendapatkan rawatan akibat penat kerana tidak cukup tidur lebih kurang seminggu.

Terdapat juga warga maya yang memberitahu Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mendapatkan rawatan kerana dipercayai cirit-birit kerana ada pasukan bantuan mangsa banjir yang mengalami gejala itu.

Susulan itu, orang ramai mendoakan penerima Anugerah TikTok 2023 bagi kategori People’s Choice: Creator Of The Year berkenaan sembuh.

Terdahulu, Khairul Aming bersama pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) bertungkus lumus kira-kira seminggu untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Pemuda berusia 32 tahun itu mengetuai misi BOB dan mengagihkan bantuan kepada ribuan mangsa banjir terjejas dalam siri gelombang pertama banjir musim tengkujuh tahun ini.

@khairulamingfans_

😭😭 Semoga cepat sembuh our unsung hero 🥺🤲🏻✨ @Khairulaming اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ الْبَاسَ اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا 📹: @mrcosec khairulaming khairulamingfans dendengnyetberapi sambalnyetberapi teamKA walaming

♬ suara asli – Pesan Dalam Botol – Pesan Dalam Botol

BACA JUGA Khairul Aming saran buat laporan polis selepas heboh dakwaan penghulu asingkan barangan bantuan banjir