Konvensyen AMANAH Nasional ditangguh kerana banjir

Konvensyen AMANAH Nasional 2024 yang dijadual berlangsung pada 28 dan 29 Disember depan, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menurut notis dikeluarkan Setiausaha AMANAH, Faiz Fadzil, penangguhan itu berikutan bencana banjir yang melanda negara ketika ini belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih dalam masa terdekat manakala ramai mangsa memerlukan bantuan kemanusiaan daripada semua pihak

“Ramalan cuaca juga menyatakan kemungkinan berlaku banjir sepanjang bulan Disember 2024.

“Untuk menunjukkan kepedulian dengan musibah yang menimpa mangsa,
berdasarkan kuasa yang diperuntukkan pada Fasal 19.5 Perlembagaan Parti AMANAH
Negara (Pindaan 2023), Jawatankuasa Pimpinan Nasional mengambil keputusan untuk
menangguhkan Konvensyen Nasional 2024 AMANAH yang dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 Disember 2024 sehingga pada satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pihak Jawatankuasa Pimpinan Nasional memohon maaf atas segala kesulitan. Segala
kerjasama dan perhatian amatlah dihargai,” kata pemakluman yang dilihat Harapandaily.

BACA JUGA Pembangkang teruk kena dengan PM gara-gara nak jadi ‘champion’ Najib

Â