Saksi dedah perbualan mengejutkan Ebit Lew mahukan layanan seks

Sorang wanita yang menjadi saksi kesembilan dalam kes Ebit Lew mendedahkan pendakwah itu banyak kali menghubunginya dan pernah berbicara soal layanan seksual yang dimahukan Ebit.

Wanita tersebut berkata, banyak panggilan telefon yang tidak diangkat, tetapi panggilan kali ini dijawab untuk bertanya terus mengenai mesej lucah yang dihantar pendakwah terbabit kepadanya.

“…panggilan ini saya sambut dan tanya apa masalah sebenar (dia) kenapa minta (seks) daripada orang lain sedangkan Ebit sudah mempunyai isteri.

“Dari situ, dia cerita tentang macam mana layanan seks daripada isteri dan bagaimana sebenarnya (layanan seks yang) dia mahukan,” katanya menurut Bernama ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani semalam.

Sementata itu Utusan Malaysia melaporkan, saksi mengambil masa selama sebulan sebelum menyekat nombor telefon Ebit pada 11 Julai 2021 kerana cuba bertanya apa sebenarnya masalah Ebit dan apabila lelaki itu meminta maaf, saksi fikir tertuduh tidak akan mengulangi perbuatannya.

Dia turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menyangka Ebit mempunyai watak lain di sebalik imej seorang pendakwah.

Kata saksi, dia mengenali Ebit sebagai pendakwah dan pakar motivasi program Keluarga Sunnah sekali gus menyakini dia seorang yang baik.

Menurut laporan tersebut, Ebit menghantar mesej ‘bila nak buat itu’, yang merujuk bahawa pendakwah tersebut membayangkan mahu melakukan perbuatan terlarang.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 39, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

.BACA JUGA Menteri umum RM1,000 untuk 20 pemilik kenderaan tenggelam banjir Putrajaya

Â