Dah nasib Bersatu jadi parti pelarian di Sabah
Bersatu berada dalam keadaan tidak kepastian di Sabah kerana parti tersebut memperoleh ‘pelarian’ daripada parti lain, dakwa ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi.
“Bersatu sukar mencari poster boy di PRN Sabah. Bersatu satu satunya parti yang bermula dengan ADUN lompat. Parti itu dapat “YB Percuma” kerana mereka “pelarian” daripada parti asal.
“Semua ADUN Bersatu di Sabah asal dari UMNO. Kini mereka masuk GRS dan tinggalkan Bersatu terkontang-kanting. Begitu juga di semenanjung. Pemimpin utama Bersatu dokongan pelarian politik dari Umno,” katanya dalam satu hantaran Facebook.
Puad berkata demikian sebagai balasan kepada pengumuman presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti tersebut belum memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi di dalam pilihan raya negeri.
Turut diulas ialah pengaruh PAS di Sabah tidak sama seperti di Semenanjung dan ia tidak cukup untuk membantu Bersatu.
Di peringkat ini, Puad meramalkan bahawa Bersatu akan kalah teruk di dalam PRN.
“Berbanding Semenanjung, di Sabah parti Pas tidak kuat untuk melindungi Bersatu.
“Kecuali Bersatu dapat rakan strategik baru, dijangka Bersatu akan bungkus di PRN Sabah kali ini. Sebab itu jangan bergantung dengan pelarian.”