Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim kini bergelar Datuk
Pengerusi AMANAH Selangor Ir Izham Hashim telah dianugerahkan pingat Dato Paduka Mahkota Selangor sempena hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-79.
Perkara ini didedahkan oleh Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari yang juga ADUN Taman Templer menerusi laman Facebook beliau.
“Acara tahunan. Kali ini tumpang gembira Pengerusi Amanah Selangor kami dianugerahkan pingat D.P.M.S. Tahniah YB Dato Ir Izham Hashim.
“Turut menerima pingat penghargaan Saudara Faisal Halim, pemain bola sepak Selangor.
“Daulat Tuanku!”
Â