Syif kerja 45 jam di hospital kekal buat masa sekarang, akan dikaji secara berkala
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa sistem syif kerja 45 jam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan diteruskan buat masa ini namun ia akan dikaji semula secara berkala.
“Sistem lama ialah 42 jam tanpa makan,sembahyang dan sebagainya. SSPA ialah tambahan tiga jam waktu kerja.
“Saya adakan 7 libat urus dengan kesatuan dan persatuan. Kita akan terus buat engagement. Pandangan Perdana Menteri dan kabinet ialah laksana dahulu tapi kita akan pertimbang sebab saya faham ia mengambil kira rutin mereka.
“Tempoh 42 jam itu pastinya makan bergilir. Tentu ada defisit,” katanya dalam siding Dewan Negara.
Beliau menjelaskan syif 45 jam mengambil kira waktu makan, sembahyang dan mungkin juga serah tugas.
“Waktu perlu diperuntukkan. Ini isu kebajikan dan kemaslahatan terutamanya jururawat. Saya akan memberi penilaiannya.”
Dr Dzulkefly turut menjelaskan bahawa program MYSTEP yang telah diperkenalkan di Sabah akan dikembangkan ke seluruh negara.
“Mereka yang buat double shift buat kerja non-clinical bukannya patient care. MYSTEP akan mengambil alih kerja non-clinical.
“Seramai 8 juta akan diselamatkan daripada kerja double shift.
“Akan ada kerja dan penjimatan. Jururawat akan focus kepada kerja hakiki,” kata beliau.
MYSTEP ialah program pekerjaan jangka pendek yang diusahakan oleh pihak kerajaan.
Â