Hishammuddin kata jangan percaya khabar angin beliau PM 2.0
Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjawab mengenai desas desus dirinya bakal dilantik menjadi Perdana Menteri, mengetuai Kerajaan Perpaduan 2.0.
Ia selepas Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok memuat naik hantaran di Facebook, berjenaka sambil mengucapkan tahniah atas dakwaan yang tersebar itu.
Penyokong Perikatan Nasional (PN) juga nampaknya membuat andaian sama mendakwa Hishammuddin akan dilantik sebagai perdana menteri.
Sir Azri atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri menerusi hantaran di X mendakwa Hishammudin akan menjadi PM, manakala Timbalan Perdana Menteri akan disandang oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri.
Hantaran itu mendapat perhatian ramai yang tertanya kesahihan sumber penyokong tegar PN itu.
Bagaimanapun Hishammuddin dalam satu komentar di Facebook, telah menafikan dakwaan tersebut dan meminta semua pihak tidak mempercayai khabar angin tentangnya.
“Jangan percaya khabar angin kerana cerita macam ini selamanya bermula dan dikipas oleh YB Seputeh,” kata Hishammuddin.
Walaupun komen itu dituju kepada Teressa, tetapi ia sekaligus telah menafikan dakwaan yang disebarkan sendiri oleh tentera siber PN.
BACA JUGA Kenapa ramai pemimpin Pas dan PN kalah saman fitnah pemimpin DAP?
Â