Samsuri hantar isyarat dengan peletakan jawatannya – Ahmad Fadhli

Peletakan jawatan naib presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai bendahari agung Perikatan Nasional mungkin bertujuan memberi isyarat kepada pihak tertentu, kata Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari.

“Saya yakin ada isyarat ingin diberikan beliau.

“Saya tidak ingin komen lanjut buat masa ini, tetapi jika benar ada isyarat ingin diberikan, saya yakin isyarat itu tentu difahami pihak ingin ditujukan,” katanya, lapor FMT.

Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen Kemaman meletakkan jawatan sebagai bendahari agung Perikatan Nasional semalam.

Perkara ini menyusul selepas PN mengesahkan jawatankuasanya yang baharu, termasuk Azmin Ali sebagai setiausaha.