Amaran ribut petir, hujan lebat di dua negeri hari ini
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak dan Selangor sehingga jam 12 tengah hari ini.
Di Perak, tiga daerah dijangka terkesan iaitu Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Manakala Selangor pula membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.
Jabatan itu berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
BACA JUGA Pinjam MARA RM1 juta: Selebriti ini dan anak sulung berdepan muflis