Hadi Awang nampak makin uzur
Para pemberita pagi tadi berkumpul di hadapan Masjid Rusila, Marang untuk mendapatkan sedikit komen daripada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang meletakkan jawatan sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun tumpuan lensa tertumpu kepada keadaan Ahli Parlimen Marang itu yang kelihatan agak uzur ketika melangkah keluar setelah selesai menyampaikan kuliah duha.
Memetik Sinar Harian, Hadi Awang juga tidak mahu mengulas apa-apa ketika ditanya mengenai spekulasi hangat yang berlaku di dalam PN.
Beliau yang ditemui sekitar jam 10.30 pagi tadi dilihat dipimpin untuk ke kediamannya dan tidak bersedia untuk mengulas berhubung peletakan jawatan secara mengejut Menteri Besar Terengganu.
Terdahulu, Ahmad Samsuri melepaskan jawatan sebagai Bendahari Agung PN dan pengumuman mengenainya dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.
Sehingga kini masih tiada pemakluman rasmi dari pihak Ahmad Samsuri mahupun Pas sendiri.
BACA JUGA Rayuan ‘jangan bakar kelambu’ petanda kapal dah nak karam?
Â