FOTO BERITA | Anggaran kerosakan sektor Agromakanan semasa Monsun Timur Laut lebih RM177 juta – KPKM

FOTO BERITA: Majlis Flag-Off Skuad Ihsan MADANI KPKM
disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Lobi Utama, Wisma Tani, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya. 13hb Disember 2024 (Jumaat)

Laporan Kerosakan Sektor Agromakanan Semasa Monsun Timur Laut 2024 sehingga kinimelibatkan 15,456 orang kumpulan sasar dengan anggaran luas kawasan terjejas lebih 28ribu hektar dan anggaran nilai kerosakan melebihi RM177 juta – KPKM

KPKM telah menyediakan mekanisme bantuan, Tabung Bencana Tanaman Padi bagi pesawah padi dan Tabung Bencana Pertanian bagi pengusaha tanaman selain padi dan memperkenalkan Skim Takaful Tanaman Padi

Tabung Bencana Tanaman Padi, diberikan secara tunai khusus kepada pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana alam. Mekanisme ini melibatkan beberapa peringkat penilaian meliputi penyediaan Laporan dan Penilaian Kerugian oleh agensi di lapangan bagi mengenal pasti tahap kerosakan yang dihadapi oleh pesawah.

Â