Tak pernah membaca pun tebus Baucar Buku MADANI, ramai teruja pelajar beli buku percuma

Orang ramai mengakui teruja dengan bantuan Baucar Buku MADANI yang bertujuan untuk menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda, melibatkan 3.5 juta murid dan pelajar lepasan menengah.

Baucar bernilai RM50 diberikan kepada murid Tahun 4 ke atas, manakala RM100 diberikan kepada murid sekolah menengah, pelajar kolej vokasional, Tingkatan Enam, matrikulasi, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Penebusan dan transaksi pembelian penuh boleh dilakukan hingga 31 Disember ini.

Ada yang menceritakan mengenai adiknya yang sudah memanfaatkan bantuan Baucar Buku MADANI.

“Baucar ni bagus. Adik saya yang tak pernah membaca pun guna baucar ni beli buku siap dah habis baca dah,” akui pengguna X, @aikafahin.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan sebanyak 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI bernilai RM190 juta setakat 8 November lalu.

Beliau berkata, jumlah tersebut melibatkan pembelian mencecah RM149.1 juta bersamaan dengan 4.8 juta naskhah buku.

Bantuan Baucar Buku MADANI berjumlah RM290 juta diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 30 Mei lalu.

BACA JUGA Hadi Awang nampak makin uzur