Tengku Zafrul sertai PKR, mari berfikiran positif, kata Pengarah Komunikasi Umno
Ketua Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengajak orang ramai terutamanya ahli parti itu agar berfikiran positif dengan kemungkinan Tengku Zafrul Aziz akan menyertai PKR.
Desas-desus Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan meninggalkan parti itu dilaporkan sebuah portal yang memetik sumber dalaman UMNO Selangor.
“Berbaloi juga kalau PKR kalau nak ambil Tengku Zafrul.
“Beliau ada kepakaran, kelebihan dan ‘perform’ sebagai Menteri UMNO.
“Kalau saya jadi Datuk Seri Anwar, saya kosongkan mana-mana kerusi Parlimen, bagi pada Tengku Zafrul bertanding sebagai ahli Parlimen PKR.
“Selesai masalah, boleh sambung beliau sebagai Menteri MITI,” kata Lokman.
Terdahulu, FMT memetik sumber dalaman UMNO Selangor bahawa keputusan Tengku Zafrul untuk menyertai PKR dijangka dibuat dalam tempoh dua hari lagi.
Tengku Zafrul yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja meletakkan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor pada Mac lalu.
Mengulas lanjut, Lokman yakin keputusan Tengku Zafrul meninggalkan Umno itu pastinya dalam pengetahuan pimpinan kedua-dua parti terbabit.
“Saya rasa tidak ada masalah. Kalau orang itu ada kualiti, PKR nak ambil, ambillah.
“Saya yakin sebelum PKR ambil, PKR mesti dah tanya dengan Presiden UMNO.
“Orang Umno tak perlu kelam-kabut tak tentu pasal. Tahulah pimpinan-pimpinan kita tahu apa nak buat,” kata Lokman lagi.
BACA JUGA Tipu kutipan dana: Penyokong Tun M ini akhirnya ditahan polis
Â