Tipu kutipan dana: Penyokong Tun M ini akhirnya ditahan polis
Papagomo, 41, yang juga dikenali penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan di kediamannya di Putrajaya, hari ini.
Penahanan itu bagi membantu siasatan kes penipuan dalam kutipan dana awam dengan menggunakan nama sebuah syarikat.
Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan sepasukan anggota Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, awal pagi tadi.
Difahamkan, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang menteri pada Julai lalu.
Pihak polis turut merampas telefon bimbit milik Papagomo untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular rakaman video penahanan Papagomo itu tular di media sosial.
BACA JUGA JPS keluarkan ramalan banjir di Kelantan bermula 16 Disember
Â