Pas-Bersatu dalam PN sedang retak menanti belah

Oleh LIYANA MARZUKI

Pssttt…. psssttt… text lil bird. PN nak berpecah, katanya.

“Biar betul?” kata saya. Takkanlah sebab Dr Sam merajuk tak mahu jadi Bendahari PN dah terus nak berpecah. Biasalah gaduh-gaduh politik. Mana-mana pakatan pun ada macam ni.

“Pas bengang line up Tertinggi Perikatan Nasional, semua Bersatu sapu. Dari Presiden ke Ketua Penerangan.

“Tinggal Bendahari dan Ketua Pemuda je depa bagi kepada Pas. Ketua Wanita pun depa sapu. Bagi jawatan tak penting, yang kuat-kuat Bersatu nak”.

Ada geng Pas apabila jumpa Ahmad Zahid Hamidi cadangkan Takiyuddin jadi TPM, tapi Bersatu nak Hamzah.

Itu dah mula depa bengang. Bila kena tang Ahli Tertinggi PN pula, Taki patutnya dapatlah Ketua Penerangan ke apa. Ni apa pun tiada. Pas sudah rasa ditunggang. Kalau tak disusun dengan betul, tunggu masa mereka boleh patah balik ke Anwar”.

Selagi TG Marang…

Gossh! Yang ni ada sedikit merit sebab kelmarin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal WAF) dah merayu dengan Pas. Marah dengan nyamuk jangan sampai bakar kelambu. Kita tengokkan apa cerita selanjutnya.

Pada saya, selagi TG (Tuan Guru) Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang) ada di situ, takkan Pas dan PKR bersatu. Kalau dia bukan Presiden lagi, mungkin golongan profesional Pas yang akan bawa Pas ke Perpaduan. Itu pun akan banyak halangan.

Blok Kerajaan jangan suka sangat tengok lawan berpecah. On the other corner, Thanos is working his magic wand. Semalam, dia mempengerusikan penyatuan NGO Melayu satu Malaysia.

NGO Melayu ni dah lama try to reach out to PMO, nak baik-baik dengan PMX sebenarnya. Diberitahu tak disambut dengan baik. Mungkin mereka disangsi sebab terlalu vokal sebelum ini.

A big mistake. Dalam kata PH hanya ada 15% undi Melayu. Tak naik-naik dari dulu. PH sedang abaikan NGO Melayu yang punya pengaruh besar dalam kalangan undi orang Melayu.

Kalau PH masih bergantung kepada Melayu elit dan urban serta T20, kena ingat. Polisi kerajaan sekarang tidak menyebelahi mereka, ada risiko mereka akan boikot pilihan raya.

Tiga tahun bukannya lama. Kalau tak kena gaya, ada yang nak naik jadi PM kali ketiga.

Harap-harapnya tidaklah. Kita kenang jasa dia, tapi macamlah tiada pemimpin lain dalam Malaysia.

BACA JUGA Desas-desus Tengku Zafrul sertai PKR, ini respon Pengerusi BN