Tengku Zafrul bakal MB Selangor, apa kata Amirudin?
Ketika desas-desus kononnya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal menjadi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengulangi pendirian bahawa beliau akan kekal di negeri itu sehingga akhir penggal ini.
“Sebagaimana nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada saya, dan Tuanku perkenan untuk saya menyebut nasihat ini kepada semua.
“Saya akan kekal di Selangor sehingga akhir penggal ini demi menjamin kestabilan ekonomi dan kerajaan perpaduan Selangor,” katanya, dipetik FMT.
Terdahulu, akaun audio siar, Keluar Sekejap, di platform X menulis Tengku Zafrul disebut bakal menggantikan Amirudin sebagai menteri besar yang telah berkhidmat sejak Jun 2018.
Sumber dalaman UMNO Selangor pula dilapor berlakunya rundingan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.
Dalam masa sama, sejak Oktober tahun lalu lagi, Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor disebut-sebut bakal membarisi Jemaah Menteri susulan dakwaan akan berlaku rombakan Kabinet.
Namun, Amirudin ketika itu menegaskan beliau lebih memilih kekal di Selangor dan menghabiskan penggal dengan sempurna.
BACA JUGA ‘Penghujung hayat Tun M dengan Hadi Awang rupanya, takziah Pas’