Ka Siong, sila keluar dari blok kerajaan, hentikan kepura-puraan
OLEH: Fadhli Umar Aminolhuda
YB Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam siri serangan terbaharu kepada PMX dan Kerajaan MADANI konon mahu bergelar hero dan menyerang PMX berkenaan isu adendum Datuk Seri Najib Razak.
Ka Siong sebagai presiden parti MCA yang menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan patut lebih faham mengenai kepentingan menunjukkan kesepaduan dan kesatuan dan bukannya berlagak mahu menjadi hero dalam isu ini.
Seorang ahli politik dan Ahli Parlimen senior seperti Ka Siong patut faham halangan subjudis yang menjadi sebab PMX tidak dapat menghuraikan isu adendum dengan lebih lanjut di Dewan Rakyat.
Sudah sampai masanya Ka Siong bukan saja berlagak dan berlakon menjadi hero, tetapi patut meneruskan langkah ‘hero’ beliau dengan mengisytiharkan tidak lagi menyokong PMX dan duduk bersama pembangkang.
Insha Allah kami dalam Pemuda AMANAH akan terus bergerak di Parlimen Ayer Hitam dan cukup yakin bahawa AMANAH akan dapat berikan satu lagi kerusi kepada Kerajaan Perpaduan sekiranya diberikan mandat untuk bertanding dalam PRU akan datang daripada diisi oleh seorang ‘pelakon’ seperti Ka Siong.
Fadhli Umar Aminolhuda ialah Exco Pemuda AMANAH Nasional.
Â