Laporan polis terhadap Dr Mahathir. Kenapa?
Gabungan NGO Sekretariat Gempur menyeru rakyat Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya bersama-sama membuat laporan polis di seluruh negara terhadap mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 Disember 2024.
Gabungan tersebut akan membuat laporan polisnya di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.
Seruan ini dibuat ekoran syor Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Pulau Batu Putih Batuan Tengah dan Tubir Selatan agar siasatan jenayah dikenakan ke atas Dr Mahathir.
Hasil siasatan suruhanjaya tersebut mendapati bahawa keputusan untuk tidak meneruskan kes tuntutan ketiga-tiga kawasan tersebut tidak dibuat secara kolektif oleh Kabinet.
Kabinet sebaliknya hanya dimaklumkan.
BACA JUGA: Ini rupanya alasan SAPP keluar dari PN