Kutuk China ‘kaw kaw’, akhirnya mengadap Duta China juga
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meluahkan rasa “amat berbesar hati” bertemu dengan Duta Besar China Ke Malaysia, Ouyang Yujing di Pejabat Kedutaan China di Malaysia semalam.
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu memberitahu mereka berkongsi pandangan mengenai usaha-usaha yang boleh diambil untuk mengeratkan hubungan yang sedia terjalin, meliputi aspek budaya, ekonomi dan hubungan antarabangsa.
“Saya amat menghargai kesungguhan TYT dalam mencari jalan ke arah memperkukuhkan hubungan antara China dan Malaysia, serta ketelitian TYT dalam memahami budaya rumpun Melayu dan dunia Islam secara umumnya.
“Semoga pertemuan ini dapat membawa manfaat ke arah keharmonian dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang budaya dan ekonomi antara Malaysia dan China, khususnya di empat buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis,” kata Hadi menurut satu kenyataan.
Pertemuan Hadi dengan duta China berkenaan kemudiannya mengundang sindiran dan kecaman orang ramai memandangkan Pas sebelum ini dilihat ‘alergik’ dengan apa-apa sahaja berkaitan China.
Antaranya,tindakan Pas yang ‘melatah’ mengenai isu dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pulau Pinang serta kibaran bendera China di Menara Condong Teluk Intan.
Mengulas sikap Pas yang tidak konsisten berhubung China, penganalisis Norman Radzuan membangkitkan isu beberapa projek di negeri Pas yang diserah kepada China.
“Kenapa Pas berikan projek pembinaan Terminal Bas Kota Bharu kepada kontraktor China?
Sedangkan ramai kontraktor Melayu Islam di Malaysia ini yang mampu bina terminal tersebut. Apakah Pas tidak bimbang ia satu penjajahan?
“Kenapa dalam isu ladang musang king, lombong emas terbesar, projek ekplorasi dan lombong REE serta projek Terminal Bas Kota Bharu diberikan kepada China tidak dianggap ancaman atau penjajahan China di bumi Kelantan?
“Sedangkan di luar Kelantan, begitu berang warga China bawa bendera dan tentera China singgah di Pulau Pinang.
“Adakah sertai event di Malaysia itu lebih bahaya daripada mereka menerokai hingga dapat tanah 99 tahun itu tidak bahaya?” bidas Norman lagi.
BACA JUGA Kenapa mesra China tetapi bukan dengan ‘Cina Malaysia’?
Â