Permohonan kewarganegaraan boleh beres dalam setahun?
Keputusan setiap permohonan kewarganegaraan mulai tahun 2025 akan diputuskan dalam tempoh satu tahun, umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi media sosialnya.
“Insya Allah mulai tahun hadapan, setiap permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan akan mendapat keputusan dalam tempoh satu tahun.
“Ini adalah SOP yang saya tetapkan untuk pasukan KDN bagi memastikan isu kewarganegaraan ini ditangani dengan efisien.
“Ini sebahagian komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan hak rakyat terjaga dan terbela.”
Terdahulu beliau turut mendedahkan bahawa beliau telah membuat pertimbangan ke atas lebih daripada 32,000 permohonan kewarganegaraan sejak dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.
“Sejak 21 Disember 2022 sehingga 27 November 2024, saya telah selesai membuat pertimbangan sebanyak 32,408 permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.
“Ada juga permohonan yang telah menunggu lebih daripada 5 tahun, Alhamdulilah lebih 80% permohonan ini telah selesai saya pertimbangkan.”
Â