RUU Kebebasan Maklumat tahun depan, PM Anwar umum

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa RUU Kebebasan Maklumat akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan untuk meningkatkan ketelusan perkhidmatan awam.

Perkara tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional semalam.

Cadangan dasar RUU berkenaan telah dibincangkan.

“Ia juga memastikan hak individu untuk akses kepada maklumat di bawah bidang kuasa kerajaan terjamin dan terpelihara di sisi undang-undang,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata mesyuarat turut mengambil maklum tentang penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata, langkah ini diambil untuk menambahbaik imej dan persepsi negara berhubung tatakelola baik sektor awam di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelabur asing.

“Adalah menjadi tekad kerajaan untuk sentiasa memperkukuh agenda tatakelola baik negara, mempertingkat integriti dan memerangi rasuah selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.