FOTO BERITA | Kenderaan elektrik guna tenaga lebih efisien, beri penjimatan kos perjalanan sehingga 44 peratus – Nik Nazmi
FOTO BERITA: Majlis Penyerahan Garis Panduan Peralihan Kenderaan Kerajaan Kepada Kenderaan Elektrik Dan Pelancaran Stesen Pengecas Pantas EV (DCFC) bersama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Nik Nazmi Nik Ahmad di Lobi Blok F11, Kompleks F, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Putrajaya. 17hb Disember 2024 (Selasa)
Kenderaan elektrik menawarkan penggunaan tenaga yang lebih efisien yang akan memberikan penjimatan kos perjalanan sehingga 44% berbanding kenderaan enjinpembakaran dalaman atau Internal Combustion Engine (ICE) – Nik Nazmi
Berdasarkan Biennial Update Report (BUR) 4, sektor pengangkutan merupakan sektor kedua tertinggi yang menyumbang 25.05% kepada jumlah pelepasan karbon sektor tenaga di Malaysia.
Pemasangan stesen pengecas pantas ini merupakan salah satu projek demonstrasi di bawah Projek Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities (GTALCC) yang diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia selaku agensi pelaksana dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan
Stesen Pengecas Pantas
EV (DCFC) yang pertama di Kompleks Kerajaan Putrajaya di Blok F11, Kompleks F, NRES.