Ini dia jaminan dan permintaan pemimpin Syria

Pemimpin de facto rejim Syria, Ahmed al-Sharaa memberikan jaminan bahawa Syria kini bukan lagi ancaman kepada negara lain mahupun Barat. Justeru itu, beliau mahu sekatan yang dikenakan ke atas Syria ditarik balik.

Selepas semua yang telah berlaku, sekatan perlu ditarik balik kerana ia disasarkan terhadap rejim lama. Mangsa dan pemangsa tidak boleh diberi layanan sama,” kata beliau, lapor BBC.

Rejim lama yang dimaksudkan itu merujuk kepada Bashar al-Assad.

Sharaa, pemimpin Hayat Tahrir al-Sham (HTS) mengetuai usaha menjatuhkan rejim al-Assad beberapa minggu lalu.

Sebelum ini beliau dikenali dengan nama Abu Mohammed al-Jolani.

Sharaa juga mahu HTS dikeluarkan dari senarai pertubuhan pengganas di PBB, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Great Britain dan lain-lain.

Ini kerana HTS bermula sebagai kumpulan serpihan al-Qaeda sejak 2016.

Beliau menambah bahawa HTS bukan kumpulan pengganas kerana tidak menyasarkan orang awam dan kawasan awam, sebaliknya merupakan mangsa rejim Assad.

Turut dinafikan ialah dakwaan sesetengah pihak bahawa Syria akan menjadi Afghanistan 2.0.

“Kita mempunyai universiti di Idlib selama lebih 8 tahun dan peratus siswa wanita di sana lebih daripada 60 peratus,” katanya.

Rejim Afghanisan tidak membenarkan kanak-kanak perempuan belajar

Sharaa menambah bahawa satu jawatankuasa perundangan sedang merangka perlembagaan baharu untuk Syria.

Â