Pernah diperlekeh Mahathir dan walaun, kini penjawat awam bersyukur terima kenaikan gaji pertama selepas 12 tahun
Penjawat awam hari ini yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) gembira menerima kenaikan gaji pertama selepas pelarasan yang sudah 12 tahun tanpa semakan.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta gerombolan walaun di TikTok memperlekeh Kerajaan MADANI atas pelaksanaan pelarasan gaji itu.
Sebaliknya, pelarasan gaji sebanyak 15 peratus seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos lalu telah menghadiahkan senyuman kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada masa ini.
Rata-rata penjawat awam melahirkan rasa gembira dan bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan MADANI atas pelaksanaan pelarasan gaji itu.
Lebih-lebih lagi bagi kalangan penjawat awam yang mempunyai anak yang sedang bersekolah.
Mereka termasuk pesara kerajaan berpendapat pelarasan gaji yang dinikmati kini dapat mengurangkan beban kewangan masing-masing.
Mengulas kenaikan gaji penjawat awam yang pernah diperlekeh pembangkang, pemerhati politik Amer Hamzah berkata, PMX terbukti berupaya melakukannya walau negara mempunyai hutang mencecah RM1.5 trilion ketika mengambil alih Kerajaan.
“Fahamkan sekarang, mengapa beliau mendapat anugerah:
1) Menteri Kewangan Top 4 Terbaik Dunia 1993.
2) Menteri Kewangan Terbaik Asia 1996.
3) Asian of the Year 1998.
4) Satu-satunya Menteri Kewangan yang membentangkan belanjawan ‘surplus’ untuk 5 tahun berturut-turut (1993-1998).
5) Satu-satunya Menteri Kewangan yang hutang negara tidak lebih atau sekitar RM100 bilion untuk tempoh 5 tahun (1993-1998).”
“Insya Allah, negara akan terus maju dan makmur di bawah Kerajaan pimpinan beliau,” katanya lagi di platform X.
Berdasarkan SSPA, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim berkenaan, akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Dis 2024, manakala tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Jan 2026.
Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) pula, mereka akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2, menerusi SSPA yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lalu.
BACA JUGA ‘Rajinkan membaca, jangan jadi benak macam pentadbir FB Pemuda Pas Malaysia’
Â