‘Rajinkan membaca, jangan jadi benak macam pentadbir FB Pemuda Pas Malaysia’
Tindakan pentadbir Facebook Pemuda Pas Malaysia menyiarkan tangkap layar beberapa tajuk berita akhbar mengenai kenaikan harga sayur dan tambang bas sekolah hanya mengundang kecaman warga maya.
Rata-rata menyelar sikap sayap pemuda parti pembangkang itu termasuk menganggap sebagai ‘benak’ juga menasihati orang ramai agar merajinkan diri untuk membaca sepenuhnya sesebuah berita bukan hanya tajuk sahaja.
“Bila berita macam ni keluar ketika akhir tahun, min (admin) rasa tahun depan min kena kerja lagi kuat,” tulis hantaran di Facebook Pemuda Pas Malaysia hari ini.
Empat tangkap layar berita yang dikongsikan bertajuk, “Kangkung dulu RM3 kini cecah RM10 sekilo – Peniaga sayur” dan “Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus”.
Turut menarik minat Pemuda Pas untuk dijadikan senjata menyerang kerajaan ialah tajuk berita, “Pengusaha stesen minyak rugi RM181 juta sejak pelaksanaan subsidi diesel” dan “Pengusaha bas sekolah mahu naik tambang tahun depan”.
Bagi kenaikan harga sayuran, netizen berasa ‘kasihan’ dengan pentadbir Facebook Pemuda Pas memandangkan keadaan itu berlaku disebabkan musim banjir.
“Musim banjir memanglah naik harga… demand tinggi supply tak cukup. Dah macam ruh ruh neh neh… memang pakai ekonomi rumah kayu empat tianglah ni,” kata Raimyzam Ahmad Zaidi.
“Tanya masa lepas banjir memanglah harga mahal pasal barang tak dak…,” tulis Mohd Khir Wahab pula.
Berkenaan keluhan pengusaha stesen minyak yang mengaku rugi RM81 juta ekoran pelaksanaan subsidi diesel sehingga jadi ‘modal’ Pemuda Pas, netizen menyifatkan keputusan kerajaan itu sebagai tepat dan terbukti berjaya membanteras penjualan minyak bersubsidi kepada warganegara asing.
“Tengok pun tau sebelah sempadan johor. Rugilah dia sebelum ni jual minyak kat kereta Singapura. Maksudnya, keputusan kerajaan tepatlah nak membanteras penjualan minyak bersubsidi kepada orang luar,” kata netizen.
BACA JUGA Tak perlu ‘terbang’ ke England hanya nak beri pandangan, ini 4 soalan kepada MB Terengganu