Rosmah kata hari ini ‘hadiah’ bermakna untuk bossku
Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7.09 juga dan lima kesalahan gagal mengisytihar pendapatan kepada LHDN.
Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah 73, untuk membatalkan kesemua 17 pertuduhan itu.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.
Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, dia didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014 hingga 2018.
Ketika ditemui pemberita di perkarangan kompleks mahkamah, Rosmah menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini adalah ‘hadiah hari lahir’ buat dirinya.
Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, menyambut kelahiran ke-73 pada 10 Dis.
“Keputusan mahkamah ini adalah hadiah hari lahir istimewa untuk saya. Bukan sahaja hadiah bermakna untuk saya, malah hadiah untuk Bossku.
“Saya akan maklumkan berita ini kepada Datuk Seri (Najib),” katanya.
BACA JUGA Tabung Kecemasan Kesihatan celikkan rakyat lebih fahami apa itu Madani
Â