FOTO BERITA| KPDN mahu penglibatan kerajaan dan korporat bantu usahawan kembangkan perniagaan- Fuziah

FOTO BERITA: Majlis Perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024 oleh YB Senator Dr. Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di MYDIN USJ, Subang Jaya, Selangor. 19hb Disember 2024 (Khamis)

KPDN dan MYDIN sebagai rakan strategik bagi Inisiatif Pemerkasaan Produk Usahawan Tempatan dalam Industri Peruncitan Tempatan di bawah KBBM pada tahun 2024. Inisiatif ini amat signifikan dalam mempromosikan kempen di premis rakan strategik untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai ketersediaan produk barangan Malaysia

Penyerahan sumbangan MYDIN Prihatin “Hulurkan Tangan” kepada peniaga Menu RAHMAH di Selangor dalam bentuk baucar pembelian bernilai RM500.00.