Pelawak lelaki dituduh di mahkamah atas dakwaan miliki 58.23 gram ganja
Seorang pelawak lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini atas dakwaan memiliki ganja seberat 58.23 gram.
Bekas peserta program realiti Raja Lawak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Sebelum ini, media melaporkan artis tersebut ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya.
Dalam serbuan berkenaan, polis menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
Tertuduh diwakili peguam Mohd Fadly Hashim dari Tetuan Zamri Idrus. Kes didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.
Di kandang tertuduh, artis itu memohon untuk diikat jamin namun ditolak oleh hakim.
Hakim juga mengarahkan laporan kimia tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan kes disebut semula pada 27 Januari depan.
BACA JUGA Musa Aman bebas semua dakwaan rasuah zaman Mahiaddin jadi PM
Â