Pemandu treler rempuh empat kereta sah positif dadah
Polis mengesahkan pemandu treler yang merempuh empat kenderaan sehingga mengorbankan seorang mangsa, didapati positif dadah.
Menurut Bernama, pemandu lelaki warga tempatan berusia 28 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Ia dimaklumkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, selepas melakukan ujian saringan air kencing.
Suspek kini direman selamat empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian rempuhan itu, seorang penuntut di sebuah Institut Pendidikan guru (IPG) Besut, Terengganu disahkan terkorban.
Dalam kejadian Rabu lepas, kumpulan 11 penuntut IPG yang menaiki empat kenderaan iaitu dua Perodua Axia dan masing-masing sebuah Proton X50 dan Proton Saga dari arah Kuala Lumpur sedang dalam perjalanan pulang ke IPG di Besut, sebelum dirempuh sebuah treler yang hilang kawalan dalam kejadian 6.45 pagi.